Wednesday, September 09, 2009

JIKA MALAYSIA SEORANG MAKNUSIA, DIA TENTU SUDAH LAMA SARAT MENDERITA, DIA PERLU DIUBAT, TETAPI DENGAN CARA APA? OLEH DUKUN YANG MANA?

Tayangan sempena hari Merdeka, Puasa dan Hari Raya Aidilfitri 'The Healer-Penawar' filem kecik saya akan ditayangkan selama sebulan bertempat di Gallery Shah Alam bermula dari 09/09/09 di buka pada waktu pejabat 10am-4.30pm. Masuk adalah PERCUMA tetapi diingatkan kerusi tidak disediakan. Filem akan ditayangkan secara 'loop' berulang2 jadi anda berpeluang utk menonton lebih daripada sekali. itu pun kalau tak terlelap. Jemputlah datang.

Recce Shoot Pics yg bakal menyambut anda:

zikronpole

Siri 'The Healer (recce) - Penawar' : SATU

zikronurine

Siri 'The Healer
(recce) - Penawar' : TARIVIRUS

zikronbloody

Siri 'The Healer
(recce) - Penawar' : PANCHORLUKA

6 comments:

Eskapisminda said...

Hi,
Saya akan pergi menonton tentunya! Insyaalah lepas raya... takde kerusi ya? TIDAK APA! :)

Ajami Hashim said...

Salaam Aidilfitri utk kau skuarga jugak bro! muahh! :-)

p/s: lepas raya kalau sempat aku dtg jenguk short film itu! :-)

p/s/s: bestlah mp3 blog nih! :-)

iamstradust said...

bro..sama mahu tahu bila last day..baru boleh plan mahu pergi shah alam..biasa lah, saya tak ada awek di shah alam, jadi susah skit mau ke sana

:D

Pyanhabib said...

kira wayang pacak zaman satu malaysia la. kerusi tak ada, lantai ada!

kamalariffin said...

Eskapis- ini film ringan tak kurang beban tak payah duduk sebab itu dibiarkan berdiri:) yg tak tahan boleh terus lari

Ajami- selamat hari raya juga utk tuan sekeluarga/ Lapang2 datang laa. dtg bawak diri saja jgn bawak harapan yer... ini filem main2 jer... jgn sampai baca musik :) (dlmnya en ajami menyelam)... gema site ini laungannya agak frust tapi the healer musiknya agak berbudaya dibikin artis ceria kamal sabran (org kampung kau jugak sebanjarian)

mr stradust last day nya aku pun tak tahu... katanya sebulan kemudian katanya 2 bulan... aku hanya menumpang pameran org. lagipun tayangan ini dibuat dlm bilik berhawa dingin itu yg aku berani ajak kawan dtg... bukan apa taknak korang panas sia2. haaaa awek sec 2 banyak boleh cuba ayat... kt tasik pun ada. ajak sekali. awek2 tentu suka kerana ini filem CINTA :)

Bro Pyan ini wayang gambar memang pacak, pak pacak, mencacak, terpacak... sebab itu ada sesi urut mengurut. Harap2 di akhirnya tuan akan sendawa jika tidak maaf la ya jari ini belum pandai mengenal urat :)

Anonymous said...

jom laa bwk adik p tgk... huhuhuu