Friday, June 12, 2009

AKU RINDU

stbdlight

Pada naif keujudan hitam dan putihnya


soundrec

Pada lontaran gelombang dan getaran


lighthand

Pada NUR sifat dan pembayangan


lacing

Pada pendedahan zarah dan penggulungan masa


editshotlist

Pada percaturan jiwa dan aturan rasa


tracklayingeq

Pada nada 2 asyik yg bercanda


tracklaying

Pada peniruan dan keaslian


soundmix

Pada suara dan penyuaraan


editsplicing

Pada noktah kada' dan kadar


editstation

Pada yang hak dan penentuan


splicer

Pada percantuman dan percambahan


soundsheprton

Itu lah cinta dan kecintaan

Thursday, May 07, 2009

AKU ADA DI TANAH MELAYU

Assalamualaikum

Kawan2 aku menagih janji korang. Mana siapa yg nak belanja aku makan. Bila kasitau aku akan sampai :)


Kawan mu

Kamal Ariffin

Wednesday, April 01, 2009

TAYANGAN UMUM FILEM THE HEALER

TAYANGAN FILEM THE HEALER (PENAWAR) LFS COVENT GARDEN, LONDON. UK. 2HB APRIL 2009, BERMULA PUKUL 6PTG. TEMPAT DUDUK ADALAH TERHAD SILA DATANG AWAL. SILA HUBUNGI SAYA DI ALAMAT EMAIL SEPERTI DI SEBELAH UNTUK MENDAPATKAN TIKET.

Sunday, March 29, 2009

NAKED TOPSY TURVY went HAPPY GO LUCKY

healer titles
Seni khat dengan ehsan tuan tulis Lantera-Jiwa

Telah tertulis di sana, segala bantuan dan halangan aku terima dengan reda. Terima kasih sahabat2 dan juga kepada semua yang sanggup turun membantu, anda semua memang berhati mulia.

Gegak gempita daerah ini berdegup bergendangan menantikan apa mungkin ada sakit yang akan terubat atau degupan itu tergiang2 hanya di corong yang sememangnya kosong dan lohong.

THE HEALER: PENAWAR sudah siap 'versi chobaan' - versi directors cut kena tunggu director lega sebentar. Minggu hadapan insyaalah upacara pengubatan ini akan disempurnakan oleh saudara Mike Leigh dan rakan-rakannya di panggung 'A' Covent Garden. Doakan moga Allah terus kasihankan aku dan dipermudahkan jalan. Amiiiiiiiiiin

Saturday, February 21, 2009

AKU SLUMDOG, KORDA DAN SPLICER EDITOR BATMAN

Tahun lepas aku bertemu mereka inilah. Rezeki NAGRA dibawa ke AVID singgah di DTS DOLBY, sampai terlelap di Kingdom of Heaven berkongsi meja dengan Slumdog, Dipotong-dihubung editor Batman sebelum ditayangkan kepada Mike Leigh.

Dari pengalaman ini aku dilamar produksi filem Spain. Tapi Kerana The Healer dengan berat hati aku terpaksa menolak.

Kerana pengalaman itulah The Healar hendak jugak aku heret sampai ke puncak. Mungkin tinggi sangat kut, huh sungguh payah.

studiomurah

Filmmaker tak beruwang di studio daif bersama foley artist termurah


upahfoley

Iklas dia bekerja dengan hanya ini upahnya


studiobiasasoho

Studio professional sound mix biasa di Soho


kordatheater

Studio professional sound mix mewah 'KINGDOM OF HEAVEN' Korda Theatre

Wednesday, February 11, 2009

THE HEALER

MENCARI PENCINTA YANG MENYINTA DAN DICINTA MOGA HARAP BERJUMPA

healerjendela

Luarannya seperti biasa




healerdarah

Di dalamnya - masih berdarah lukanya

Friday, January 30, 2009

PERANG ILMU


Selamat tahun baru dan juga harapan selamat bagi yang belum. Aku dah lama nak menulis tetapi benda filem nie kurang, penabur yg meledak hanya rasa geram aku pada apa yang berlaku sekarang. Aku berusaha supaya blog ini hanya medan untuk aku bercerita tentang filem dan hanya filem. Tetapi aku lalai dan lupa dimana letak sebenarnya budi aku sebagai PENCERITA.

transifath
The Pathfinders 2007. Dir. Kamal Ariffin

 
Dan dengan nama tuhan yang maha pemurah lagi maha pengasih, 

Kenapa tidak LAM ALIF menapak dalam petak berseni elok dan molek. Di bucu rentak di henti mencari ilham bunga yang meruntun berompon2 bercambah mekar ke langit. Di buai serunai mencari ruang yang di arak mara menuju ke tengah sambil liuk melentuk bukannya lalai tapi berhemah. Menunggu gendang-gendangngan melengkapkan rentak. Gong itulah makanannya, SENI KEDANG ATA LARAT itu cubitannya, AH TEGAK TAH TEGAK itu kelibatnya. BATU TIN TANGKA BUNUH itu merah jegilannya. Maka akan deraslah ia mengena. Kenapa tidak???.

Ramai orang marah, lalu mereka berarak.... ramai orang marah lalu mereka memboikot... tak salah teruskan. Tapi itu kata mula yang sifatnya HARUS..... dan WAJIB jatuhnya pula pada ILMU. Kenapa kita tak bersatu, politik kita pun bermain siku.

Email orang kita penuh di bom dengan perbandingan kebodohan kita dan kebijaksanaan mereka. Semua orang angguk dan semua orang marah dan semua orang keluar berarak lagi, Bila penat tersekat uratnya di tampal roti ranai dan berubah pula menikam kawan dengan politik turut menurut... kerana senang nak berdarah- musuh bisik... dan puas bagi yang pernah menghirup darah kawan dalam mangkuk agendanya kerana dengan lidah yang kelu darah kawan rasanya lebih manis dari musuh.

Kenapa kita tak ikut formula meraka itu... tolong menolong... bersatu... benda ini boleh bawak kedepan. Kita usahakan supaya ramai orang kita kearah ekonomi, kearah teknologi, Kearah apa saja yang bergigi. Baru hipotesis yang kita boleh mentakbir cara kita cara aman tanpa menggangu apa saja bangsa, sekarang masih bersifat teori hanya akan terbukti kalau kita berkuasa.

Kearah Ilmu. Tak ajaib... tak pula tak waras kalau kita berjaya. Yang penting kita kena bersatu..yang tak mahu tuu laa sebenarnya hantu. 

Kita boleh buat apa saja kalau kita mahu kearah itu... dan jika kita ilmunya ampuh kita akan berkuasa.... dan bila kita berkuasa lebih afdallah kita, lebih serulah kita... lebih gegak gempita lah kita.... BILA KITA BERARAK, BILA KITA MEMBOIKOT... kerana yang berjaya hanya yang BERSATU, BERILMU dan BERKUASA.

Untuk orang SENI yang kononnya jisimnya sangat peka. (pesanan utk aku saja)
Mana musik dan lagu yang berjiwa?... bukan jiwa2
Mana filem ke jalan yang lurus?... bukan lurus mentafsir hiburan dan membina realiti dari kamus selari.
Mana apa saja seni yang mengangkat dan terangkat yang bakal terbangkan kita kedepan?
Jika tak ada maka ada-adakanlah... Bayangkanlah jika semua orang seni membulat berkarya beralur2 bertemu punca. Walau apa berat pun maka senang ia belayar membawa imej kita budaya kita semangat kita yang menjana kejayaan kita. Sebenarnya orang kita lebih hebat dari apa yang kita kutukkan kita. Sejarah hak kita patut kita tuliskan semula. Apakata jum mari kita mula.