Monday, June 21, 2010

FILEM ISLAM

Pagi Sabtu, aku duduk merenung taman jagaan ku. Tidak seperti biasa, selalunya aku sudah berpeluh di tanah sekangkang kera itu. Hari ini aku seawalnya terlalu ingin membelek surat khabar mana tahu kalau2 ada perkhabaran indah yang Islam dan Melayu di Malaysia sudah mahu bersatu :) Hampa. langsung tiada. Aku mengecilkan mata bila Filem Islam di khabarkan di dalam dada berita. Sudah beberapa lama aku mencari apa itu Filem Islam. Ada juga aku cuba membuatnya tapi belum tepat mengena. Kawan2 yang banyak bercakap pun tidak tahu. Aku yang rajin bercakap juga tuli. Allah itu maha mengasihani. Suratkhabar yang penuh berita2 kejahatan ini cuba memberikan laluan.

Aku bergegas ke ILIM di bangi sampai di sana tak ada siapa2.... adakah aku seorang saja yg bersungguh mau tahu apa itu Filem Islam? atau pemikiran ini tak ada peminatnya. Kata En dan Puan Jaga.... majlisnya bermula malam dengan majlis makan2 dan besoknya selepas kenyang barulah bercakap. Kata mereka, ini hanya untuk jemputan sahaja!! Aku cuba memujuk dan bersungguh2 mendapatkan tempat. Kata aku ini majlis ilmu semua orang harus di berikan tempat. Mereka yang berjaga itupun menolong aku.

Besoknya Ahad setelah di janjikan seorang ustaz aku datang awal. Sebaiknya masuk aku disapa Direktor Kamal Ishak. kami duduk berdekatan. Aku mengeluarkan pen dan kertas, acara pun bermula. Segala ucapan dan pembentanggan membuatkan aku kusyuk melayan mimpi. Manisnya kalau ini terjadi. 'Filem' dengan sepenuh jiwanya akan memeluk Islam. Bunyinya agak aneh tetapi cantik... percayalah.

Antara yang berkongsi Ilmu dan aku menyukainya - Dr. Naim Hj. Ahmad, dan Sdr Syed Zulkifli Syed Masir, Tahniah teruskan dan panjangkan lagi idea dan pemahaman ini kepada semua. Petang itu selepas aku meninggalkan Bro Kamal I aku bergegas pulang tanpa minum petang. bukannya kerana aku tidak dahaga. Tetapi aku tidak sabar untuk bekerja di taman aku yang sekangkang kera.