Monday, July 20, 2009

PERJALANAN

... Asal dari mana?... Sekarang dimana?... hendak kemana?...


SYNOPSIS - THE FRAGMENTED (Perpisahan)

Filem ini diinspirasikan daripada sebuah lukisan karya agung Edouard Manet yang bertajuk ‘The Execution of Maximilan’ (Hukuman Bunuh ke atas Maxmilian). Drama ini merakamkan keruntuhan sebuah keluarga selepas si ibu mengambil keputusan nekad meninggalkan suami dan anak perempuannya. Setelah peristiwa yang menghiris hati itu berlalu, si ayah dan si anak telah mencuba sedaya upaya untuk bangun dan meneruskan kehidupan mereka.

fragmented poster

The film was inspired by Edouard Manet masterpiece entitled ‘The Execution of Maximilan’. This is a conceptual drama capturing the life of a broken home. The story begins when the mother decided to walk out of her marriage, hence deserting her husband and her daughter. After the incident the father and the daughter comes out from their devastation to reconcile and put the pieces of their life together.

______________________________________________



SYNOPSIS - PATHFINDERS (Pencarian)

Sebuah filem dokumentari yang mengupas erti kehidupan. Kisah yang dirakamkan di London ini memaparkan dua watak utama. Takdir telah menemukan mereka di alam persilatan dan tanpa disedar mereka juga berkongsi kisah hidup yang hampir sama.

Abdul Rahman, berumur didalam lingkungan 40an, adalah seorang mualaf berbangsa Yunani (Greek).Abdul Rahman telah menjelajah dunia untuk mempelajari pelbagai jenis seni pertahanan diri namun tetap tidak mendapat kepuasan yang dicarinya sehinggalah beliau menemui silat. Melalui silat Abdul Rahman telah bertemu Islam.

Zul adalah seorang anak Melayu yang dibesarkan di kotaraya London. Zul, berumur di dalam lingkungan 40an, baru berjinak dengan silat dan berada di bawah bimbingan Abdul Rahman. Walaupun usianya agak lanjut, Zul tetap meneruskan keazamannya untuk menguasai ilmu persilatan dan seterusnya mendekati akar budaya bangsanya. Zul juga berharap, silat akan membentuknya menjadi seorang insan yang lebih baik.

Pathfinders poster


This is a humble documentary that celebrates the lives of two ordinary men in present day London. They met by chance through the world of Silat and unbeknown to them they led similar paths.

Abdul Rahman is a 40 years old Greek descendent and a Muslim convert. He has traveled the world and mastered various disciplines of martial arts, but none made him feel complete until he learned Silat. Through Silat he found Islam.

Zul was born in Malaysia but grew up in London. He is Abdul Rahman’s student and is still new to Silat. Despite being in his 40s, Zul is determined to master Silat in hope that it will reconnect him to his roots and culture. Through Silat, Zul sees that he can be a better man.

______________________________________________


SYNOPSIS - THE HEALER (Penawar)

Kisah dua jiwa yang lara, ditemukan ketika bergelumang mengharungi cubaan hidup di kotaraya London.

Luqman, seorang tukang urut Melayu, dan Shifa, seorang pelacur, tinggal berjiran. Setelah berkenalan mereka akhirnya jatuh cinta. Sejarah hitam, prinsip hidup dan keegoan menjadi batu penghalang pada mereka untuk mencurahkan rasa hati.

Kini mereka berada dipersimpangan dan satu keputusan harus diambil. Mahukah mereka terus bergelap di penjara takdir ataupun masing-masing membuka pintu hati mencari sinar kehidupan yang baru.

healer poster

A poetic tragedy of two failing hearts disunited by the tests of life. Luqman, a Malay traditional masseur, lived next door to Shifa, the prostitute. Their friendship quickly blossomed as both developed feelings for each other. However their pasts, individual beliefs and consequences were holding them back from expressing their true feelings.

This is a story of unsettling love that is ruptured as it about to begin. They were caught in a dilemma. A decision has to be made, either retreat and imprison themselves in the darkness of fate or head for the light and succumb to their hearts’ will.


7 comments:

Pyanhabib said...

filem-filem tu tak bikin tayangan kat mana-mana? atau dah bikin dan gua tak tahu? pathfinder terasa macam gua `tertengok' tapi kat mana? poster kot (?) isyyy...

kamalariffin said...

filem2 tu tak ada tayangan kt msia lagi.... tak laku :) poster film tuu pun tak pernah keluar lagi pathfinders tak pernah tayang disi. tapi ada ura2 nak dibawa ke daerah bergolak negeri di bawah pokok :) kalau jadi turun laaa

Pyanhabib said...

buat tayang `amal' (previu le!)kat finas, bikin forum, kasi basuh itu filem (hah ha ha!). kalau tak masuk panggung, lu cari sponsor, bikin dvd sajhaja, setel masalah, hah ha! (syyyy, gua tak subahat kalau filem lu tercetak rompak!)

kamalariffin said...

Tayangan amal boleh, bikin forum tak boleh hahahah gua belum pandai puji filem sendiri... filem2 nie tak dibina sebagai 'masterpiece' ia cuma mainan kajiselidik idea2 yang bersarang di kepala. Dari filem fragmented yg agak mendayu, sampai pathfinders yg mencari realiti.... dan akhirnya terjumpa makrifat pada healer... dari sini aku nak buat benda2 islam sajalah... habuan aku di alam barzah. semua benda2 nie masih dlm percubaan belum sampai matang.

zafi said...

bagaimana mau menonton?

kamalariffin said...

mau tonton turun shah alam 09/09/09 mari kita bikin gempak

Miss Ira Bahador said...

oohh ni filem islam ek... ooohh bagus2.... nk tgk... emm mcm ner ek blh dpt idea mcm ni... tera no.. bg laa sikit ilmu kat org ni nt blh laa try buat filem kat poli sem depan.. hehehe...