Selamat tahun baru dan juga harapan selamat bagi yang belum. Aku dah lama nak menulis tetapi benda filem nie kurang, penabur yg meledak hanya rasa geram aku pada apa yang berlaku sekarang. Aku berusaha supaya blog ini hanya medan untuk aku bercerita tentang filem dan hanya filem. Tetapi aku lalai dan lupa dimana letak sebenarnya budi aku sebagai PENCERITA.
The Pathfinders 2008. Dir. Kamal Ariffin
Dan dengan nama tuhan yang maha pemurah lagi maha pengasih,
Kenapa tidak LAM ALIF menapak dalam petak berseni elok dan molek. Di bucu rentak di henti mencari ilham bunga yang meruntun berompon2 bercambah mekar ke langit. Di buai serunai mencari ruang yang di arak mara menuju ke tengah sambil liuk melentuk bukannya lalai tapi berhemah. Menunggu gendang-gendangngan melengkapkan rentak. Gong itulah makanannya, SENI KEDANG ATA LARAT itu cubitannya, AH TEGAK TAH TEGAK itu kelibatnya. BATU TIN TANGKA BUNUH itu merah jegilannya. Maka akan deraslah ia mengena. Kenapa tidak???.
Ramai orang marah, lalu mereka berarak.... ramai orang marah lalu mereka memboikot... tak salah teruskan. Tapi itu kata mula yang sifatnya HARUS..... dan WAJIB jatuhnya pula pada ILMU. Kenapa kita tak bersatu, politik kita pun bermain siku.
Email orang kita penuh di bom dengan perbandingan kebodohan kita dan kebijaksanaan mereka. Semua orang angguk dan semua orang marah dan semua orang keluar berarak lagi, Bila penat tersekat uratnya di tampal roti ranai dan berubah pula menikam kawan dengan politik turut menurut... kerana senang nak berdarah- musuh bisik... dan puas bagi yang pernah menghirup darah kawan dalam mangkuk agendanya kerana dengan lidah yang kelu darah kawan rasanya lebih manis dari musuh.
Kenapa kita tak ikut formula meraka itu... tolong menolong... bersatu... benda ini boleh bawak kedepan. Kita usahakan supaya ramai orang kita kearah ekonomi, kearah teknologi, Kearah apa saja yang bergigi. Baru hipotesis yang kita boleh mentakbir cara kita cara aman tanpa menggangu apa saja bangsa, sekarang masih bersifat teori hanya akan terbukti kalau kita berkuasa.
Kearah Ilmu. Tak ajaib... tak pula tak waras kalau kita berjaya. Yang penting kita kena bersatu..yang tak mahu tuu laa sebenarnya hantu.
Kita boleh buat apa saja kalau kita mahu kearah itu... dan jika kita ilmunya ampuh kita akan berkuasa.... dan bila kita berkuasa lebih afdallah kita, lebih serulah kita... lebih gegak gempita lah kita.... BILA KITA BERARAK, BILA KITA MEMBOIKOT... kerana yang berjaya hanya yang BERSATU, BERILMU dan BERKUASA.
Untuk orang SENI yang kononnya jisimnya sangat peka. (pesanan utk aku saja)
Mana musik dan lagu yang berjiwa?... bukan jiwa2
Mana filem ke jalan yang lurus?... bukan lurus mentafsir hiburan dan membina realiti dari kamus selari.
Mana apa saja seni yang mengangkat dan terangkat yang bakal terbangkan kita kedepan?
Jika tak ada maka ada-adakanlah... Bayangkanlah jika semua orang seni membulat berkarya beralur2 bertemu punca. Walau apa berat pun maka senang ia belayar membawa imej kita budaya kita semangat kita yang menjana kejayaan kita. Sebenarnya orang kita lebih hebat dari apa yang kita kutukkan kita. Sejarah hak kita patut kita tuliskan semula. Apakata jum mari kita mula.