Selamat tahun baru dan juga harapan selamat bagi yang belum. Aku dah lama nak menulis tetapi benda filem nie kurang, penabur yg meledak hanya rasa geram aku pada apa yang berlaku sekarang. Aku berusaha supaya blog ini hanya medan untuk aku bercerita tentang filem dan hanya filem. Tetapi aku lalai dan lupa dimana letak sebenarnya budi aku sebagai PENCERITA.
The Pathfinders 2008. Dir. Kamal Ariffin
Dan dengan nama tuhan yang maha pemurah lagi maha pengasih,
Kenapa tidak LAM ALIF menapak dalam petak berseni elok dan molek. Di bucu rentak di henti mencari ilham bunga yang meruntun berompon2 bercambah mekar ke langit. Di buai serunai mencari ruang yang di arak mara menuju ke tengah sambil liuk melentuk bukannya lalai tapi berhemah. Menunggu gendang-gendangngan melengkapkan rentak. Gong itulah makanannya, SENI KEDANG ATA LARAT itu cubitannya, AH TEGAK TAH TEGAK itu kelibatnya. BATU TIN TANGKA BUNUH itu merah jegilannya. Maka akan deraslah ia mengena. Kenapa tidak???.
Ramai orang marah, lalu mereka berarak.... ramai orang marah lalu mereka memboikot... tak salah teruskan. Tapi itu kata mula yang sifatnya HARUS..... dan WAJIB jatuhnya pula pada ILMU. Kenapa kita tak bersatu, politik kita pun bermain siku.
Email orang kita penuh di bom dengan perbandingan kebodohan kita dan kebijaksanaan mereka. Semua orang angguk dan semua orang marah dan semua orang keluar berarak lagi, Bila penat tersekat uratnya di tampal roti ranai dan berubah pula menikam kawan dengan politik turut menurut... kerana senang nak berdarah- musuh bisik... dan puas bagi yang pernah menghirup darah kawan dalam mangkuk agendanya kerana dengan lidah yang kelu darah kawan rasanya lebih manis dari musuh.
Kenapa kita tak ikut formula meraka itu... tolong menolong... bersatu... benda ini boleh bawak kedepan. Kita usahakan supaya ramai orang kita kearah ekonomi, kearah teknologi, Kearah apa saja yang bergigi. Baru hipotesis yang kita boleh mentakbir cara kita cara aman tanpa menggangu apa saja bangsa, sekarang masih bersifat teori hanya akan terbukti kalau kita berkuasa.
Kearah Ilmu. Tak ajaib... tak pula tak waras kalau kita berjaya. Yang penting kita kena bersatu..yang tak mahu tuu laa sebenarnya hantu.
Kita boleh buat apa saja kalau kita mahu kearah itu... dan jika kita ilmunya ampuh kita akan berkuasa.... dan bila kita berkuasa lebih afdallah kita, lebih serulah kita... lebih gegak gempita lah kita.... BILA KITA BERARAK, BILA KITA MEMBOIKOT... kerana yang berjaya hanya yang BERSATU, BERILMU dan BERKUASA.
Untuk orang SENI yang kononnya jisimnya sangat peka. (pesanan utk aku saja)
Mana musik dan lagu yang berjiwa?... bukan jiwa2
Mana filem ke jalan yang lurus?... bukan lurus mentafsir hiburan dan membina realiti dari kamus selari.
Mana apa saja seni yang mengangkat dan terangkat yang bakal terbangkan kita kedepan?
Jika tak ada maka ada-adakanlah... Bayangkanlah jika semua orang seni membulat berkarya beralur2 bertemu punca. Walau apa berat pun maka senang ia belayar membawa imej kita budaya kita semangat kita yang menjana kejayaan kita. Sebenarnya orang kita lebih hebat dari apa yang kita kutukkan kita. Sejarah hak kita patut kita tuliskan semula. Apakata jum mari kita mula.
12 comments:
Tempahan T-Shirt KERANDA 152
Merujuk kepada salah satu program "Perarakan Keranda" – dinamakan Keranda 152 yang akan diadakan pada pertengahan bulan Februari oleh Gabungan Penulis Nasional (Gapena) maka aku telah mengambil keputusan untuk mempercepatkan tarikh akhir tempahan t-shirt KERANDA 152 kepada 04 Februari 2009 (Rabu) di mana sebelum ini tarikh akhirnya ialah 13 Februari 2009. Ini supaya para pembeli dapat memakai t-shirt tersebut pada hari perarakan yang akan dinyatakan tarikh kemudian.
Informasi t-shirt :
* Saiz XS, S, M, L dan XL.
* Cetakan bersaiz A4 (depan sahaja).
* T-shirt terdapat 2 color sahaja iaitu putih dan hitam.
T-shirt warna putih
* Cetakan 2 warna (Maroon & Hitam)
* Harga : RM 25.00 (tidak termasuk kos penghantaran)
T-shirt warna hitam
* Cetakan 2 Warna (Merah & Putih)
* Harga : RM 27.00 (tidak termasuk kos penghantaran)
Kos biaya hantar
* RM 5.00 (semenanjung Malaysia)
Bayaran boleh dibuat di Maybank 1580 6001 3854 (Meor Khairol Nizam)
Emailkan ke lanterajiwa@gmail.com
nama, alamat penghantaran, saiz, no. telefon dan bukti pembayaran (attach)...
Tarikh akhir tempahan : 04 Februari 2009 (Rabu)
T-shirt akan mula dicetak pada 05 Februari 2009 (Khamis)
http://lantera-jiwa.blogspot.com
Meor,
cantik kau punya design, cantik lagi usaha korang. Simpan tshirt satu utk aku kalau masih ada, nanti bila balik aku bayar.
Korang ajak laa sekali UMNO, PAS dan KEADILAN tak tahu laaa jika masih ada melayu di situ. Harap yg keluar nanti bukan nak turap tar baru, harap iklas. Insyaalah nak juga aku tengok Awang Hadi, Pok Nik, Pak Lah dan Anuar berjalan berpegangan tangan mengangkat agenda ini. Insyaalah
salam... boleh bro.. aku simpankan.. ko bagi size T-shirt yg ko nak... color?
simpankan aku baju putih bersaiz sederharna.
jum mari kita mula :)
hebat!!!
perak dah nak lingkup,
harap-harap tidak terlungkup!
kamal jum kita mula dengan THE HEALER... agak kureng capai tapi rohnya tetap ada... sebab THE HEALER tak dibina untuk matlamat ini. aku tengah buat sound lagi... aku akan lepaskan kepada kau... bila asasnya dah lengkap... bab sound lain aku harap kau tambahlah beserta musik. hahahhaha aku tak sabar niee.. aku masih tengah mengayat kumpulan jurutera bunyi tu hahahha harap2 berjaya
ANON - Hebat tu perkara tuhan bahagian aku macam hebat saja.
TUAN PYAN - Persembahan lawak ini dibawa oleh Anuar dan dilawakkan kembali oleh UMNO, kita di bawah pentas nie terpaksalah gelak. Walaupun tak kelakar.
p/s Rindunya..... KICAP TAMIN di London susah nak jumpa, KIPAS UDANG pun boleh lah.
Kicap Tamin?? Emm nyam2...Seronok baca blog org seni nih...wpon hakikatnya sy BUTA SENI...
Kicap Tamin?? Emm nyam2...Seronok baca blog org seni nih...wpon hakikatnya sy BUTA SENI...
JD - teruslah baca :)
Post a Comment