Sunday, August 03, 2008
MUNGKINKAH INI FILEM YAHUDI TERAKHIR AKU?
Melampau sungguh tajuk rencana ini. Melampau lagi teknologi yg kami gunakan. Dalam banyak2 produksi di London aku bagai tertarik pada yang ini. Bukan kerana Ini produksi Yahudi tapi kerana pergolakan budaya Yahudi traditional dan Yahudi liberal (moden) yg mana sekarang juga berlaku kepada apapun bangsa di dunia. Aku yg kurang bergaul dengan bangsa ini cuba untuk mendekati dan memahami mereka. Aku meneropong dengan mula kata... "ROLING"... atau dalam lenggok British... "TURN OVER" pekatkan?...
Melampau juga aku dalam apa juga keadaan... hujan dan panas tetap terpacak di bangku Odeon. Setelah hampir seminggu mata, jiwa dan minda aku menjamah segala hasil seni yg di jala ke London, Rindu aku pun agak terubat. Berjumpa dengan pengiat filem malaysia mendengar keluh resah mereka, mendengar kejayaan mereka, mendengar penerimaan filem Melayu yang dah berjaya menembusi pasaran asia dan selebihnya.... aku bangga, sekalung tahniah dan terima kasih kepada yg berusaha.
Aku ambil dari semangat ini lah maka aku pun korek..korek..korek... fail lama.
Renugan aku diperbetulkan oleh saudara Patrick seorang anak pengarah tersohor British
Sifat melampau aku kian terpancar pada kamera yg digunakan. Kamera WILD ARRI 2C dan ARRI BLIMP yg sudah dimuziumkan kini di bersihkan debunya dan di angkat ketaraf asalnya. Benda yg beratnya melampau ini duduk selesa di dalam kepompong besi BLIMP kebal menangkis serangan peluru dan bom. Ia bediri begitu segak merenung Yahudi itu berdrama.
Satu renungan dari posisi setara, satu pertembungan yang penuh jaringan pelbagai hala, maka berdiri dengan bebalnya figura besar menghalang pintu terbuka.
Satu renugan dari posisi terpencil merenung kearah tangga yg diduduki hati2 muda
Komposisi ini mengasyikkan dan haruslah di renungkan
Aku menajamkan lagi renugan aku melalui corong baru, Lebih mahal lebih anggun lebih berteknologi... tetapi walauapapun alasan pengampu teknologi... bagi aku hitam putihnya tetap sama.
MOVIECAM SUPER AMERICA antara pengasas teknologi kamera moden mengembalikan aku ke masa hadapan. Penangan TILT atas kebawah BLIMP yang menegangkan otot betul2 mencabar seperti juga cabaran ARRI Gearhead yg mudah dan meringankan tetapi senang terbabas kepada mereka yg terlampau berkira2.
Komposis renungan yang tajam duduk empok mengilap harta
Komposisi tutur bahasa pergerakan badan di belah ikon budaya dan mengasingkan jiwa2 yg mengharap.
Posisi kedamaian yg mengimpikan kegembiraan dari biasan cahaya di sebalik mesej dalam botol
Berehat dalam posisi merenung kearah kamera kerana aku pasti ini adalah filem Yahudi terakhir aku.
Macam bagus laa yaaa...sebagai pengarah perlulah bagi aku mencuba segala posisi dalam produksi... berada di posisi yang lain menambahkan kefahaman aku dan membuatkan aku lebih hormat pada proses dan hasil kerja secara berkumpulan. Aku sebenarnya adalah peneropong yg hampeh. Ini bukanlah kerja terbaik aku tapi aku tumpang gembira kerana dari hasil filem ini dikhabarkan pengarahnya di anugerahkan bakat pegarah muda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
aku harap harap yang buat kamera cangih ni bukan orang yahudi ;)
hahahahah yg buat camera lama tuu jerman tapi yg buat kamera baru tuuu yahudi tapi yg menggunakannya tuu alhamdulilah org islam... insyaalah :)
wooooo best kamera..
kesian film school di malaysia ni..
jauh tertinggal
razaisyam - belajar kt mana pun sama jer... lebih student dari lecturer dari segala alat-alatan... yg pentingnya minda dan pemikiran kita... yg lain tu bunga saja...
Aku masa student dulu kerja partime... aku pakai yashica basic jer... tangkap gambar serupa juga.... utk production nie aku pakai blimp arri zaman hitler dan moviecam... sama jer kualiti dia.... beza tahun punya laa jauh... yg penting kita buat dia, bukan dia buat kita. (pinjam bahasa TAIKO)
lagi satu yg penting.... JANGAN ASYIK BERTHEORY JER KENA BUAT, BETUL SALAH TAK KISAH.
sori la macam bagus.
Post a Comment