Friday, December 10, 2010

NASIB

FILEM SAYA ADA DI DALAM 'TRAILER' PRODUKSI TERBARU AWARD WINNING DIR/PROD SIR RIDLEY SCOTT DAN AKAN DI TAYANGKAN DI SUNDANCE 2011 :)

Monday, June 21, 2010

FILEM ISLAM

Pagi Sabtu, aku duduk merenung taman jagaan ku. Tidak seperti biasa, selalunya aku sudah berpeluh di tanah sekangkang kera itu. Hari ini aku seawalnya terlalu ingin membelek surat khabar mana tahu kalau2 ada perkhabaran indah yang Islam dan Melayu di Malaysia sudah mahu bersatu :) Hampa. langsung tiada. Aku mengecilkan mata bila Filem Islam di khabarkan di dalam dada berita. Sudah beberapa lama aku mencari apa itu Filem Islam. Ada juga aku cuba membuatnya tapi belum tepat mengena. Kawan2 yang banyak bercakap pun tidak tahu. Aku yang rajin bercakap juga tuli. Allah itu maha mengasihani. Suratkhabar yang penuh berita2 kejahatan ini cuba memberikan laluan.

Aku bergegas ke ILIM di bangi sampai di sana tak ada siapa2.... adakah aku seorang saja yg bersungguh mau tahu apa itu Filem Islam? atau pemikiran ini tak ada peminatnya. Kata En dan Puan Jaga.... majlisnya bermula malam dengan majlis makan2 dan besoknya selepas kenyang barulah bercakap. Kata mereka, ini hanya untuk jemputan sahaja!! Aku cuba memujuk dan bersungguh2 mendapatkan tempat. Kata aku ini majlis ilmu semua orang harus di berikan tempat. Mereka yang berjaga itupun menolong aku.

Besoknya Ahad setelah di janjikan seorang ustaz aku datang awal. Sebaiknya masuk aku disapa Direktor Kamal Ishak. kami duduk berdekatan. Aku mengeluarkan pen dan kertas, acara pun bermula. Segala ucapan dan pembentanggan membuatkan aku kusyuk melayan mimpi. Manisnya kalau ini terjadi. 'Filem' dengan sepenuh jiwanya akan memeluk Islam. Bunyinya agak aneh tetapi cantik... percayalah.

Antara yang berkongsi Ilmu dan aku menyukainya - Dr. Naim Hj. Ahmad, dan Sdr Syed Zulkifli Syed Masir, Tahniah teruskan dan panjangkan lagi idea dan pemahaman ini kepada semua. Petang itu selepas aku meninggalkan Bro Kamal I aku bergegas pulang tanpa minum petang. bukannya kerana aku tidak dahaga. Tetapi aku tidak sabar untuk bekerja di taman aku yang sekangkang kera.

Tuesday, December 22, 2009

SINEMASANASINI

Sudah dekat akhir tahun, Semangat baru aku cari. Tahun hadapan aku akan mengintai apa mungkin cerdik-pandai itu mahu bermain RED, HD dan sanggup speed 35mm. Harap2 semangat mereka akan terus berkobar walaupun aku memberatkan bahu mereka dengan banyaknya angka2 harapan melebihi enam.
Tahun ini juga aku menyibukan diri sana sini. hadir itu ini. Datang dengan jasad atau hanya dengan hati.

























Poster Rasmi Acara TAF yang di adakan di Ipoh
















Aktiviti penyembuhan di Ipoh oleh dukun cool PyanHabib
















Kata Kamal S 'The Healer' juga membawa penyakit hingga ke Copenhagen

























Selama 2 minggu aku mengheret isteri mencari apa itu filem Islam. 'Laskar Pelangi' buat aku tersenyum.

Sekarang, sudah tertunda dari pertengahan tahun. Hajat aku bermain2 dengan imejan2 tempatan untuk produksi baru tahun hadapan, akan aku teruskan. Mahu berkolaborasi?

Monday, October 12, 2009

THE HEALER MENUMPANG TEPUNG DAN TAWAR

gagahduduk

Melayu berkursani - berpelikat meredah salju

Perasmian pameran seni visual di Galeri Shah Alam jatuh pada 13hb Oct 2009 bermula dari 4ptg dan berlanjutan sehingga 31hb Oct. Pameran ini akan di rasmikan oleh legenda seni catan negara Datuk Syed Ahmad Jamal. Jemputlah datang. Insyaalah

Wednesday, September 09, 2009

JIKA MALAYSIA SEORANG MAKNUSIA, DIA TENTU SUDAH LAMA SARAT MENDERITA, DIA PERLU DIUBAT, TETAPI DENGAN CARA APA? OLEH DUKUN YANG MANA?

Tayangan sempena hari Merdeka, Puasa dan Hari Raya Aidilfitri 'The Healer-Penawar' filem kecik saya akan ditayangkan selama sebulan bertempat di Gallery Shah Alam bermula dari 09/09/09 di buka pada waktu pejabat 10am-4.30pm. Masuk adalah PERCUMA tetapi diingatkan kerusi tidak disediakan. Filem akan ditayangkan secara 'loop' berulang2 jadi anda berpeluang utk menonton lebih daripada sekali. itu pun kalau tak terlelap. Jemputlah datang.

Recce Shoot Pics yg bakal menyambut anda:

zikronpole

Siri 'The Healer (recce) - Penawar' : SATU

zikronurine

Siri 'The Healer
(recce) - Penawar' : TARIVIRUS

zikronbloody

Siri 'The Healer
(recce) - Penawar' : PANCHORLUKA

Monday, July 20, 2009

PERJALANAN

... Asal dari mana?... Sekarang dimana?... hendak kemana?...


SYNOPSIS - THE FRAGMENTED (Perpisahan)

Filem ini diinspirasikan daripada sebuah lukisan karya agung Edouard Manet yang bertajuk ‘The Execution of Maximilan’ (Hukuman Bunuh ke atas Maxmilian). Drama ini merakamkan keruntuhan sebuah keluarga selepas si ibu mengambil keputusan nekad meninggalkan suami dan anak perempuannya. Setelah peristiwa yang menghiris hati itu berlalu, si ayah dan si anak telah mencuba sedaya upaya untuk bangun dan meneruskan kehidupan mereka.

fragmented poster

The film was inspired by Edouard Manet masterpiece entitled ‘The Execution of Maximilan’. This is a conceptual drama capturing the life of a broken home. The story begins when the mother decided to walk out of her marriage, hence deserting her husband and her daughter. After the incident the father and the daughter comes out from their devastation to reconcile and put the pieces of their life together.

______________________________________________



SYNOPSIS - PATHFINDERS (Pencarian)

Sebuah filem dokumentari yang mengupas erti kehidupan. Kisah yang dirakamkan di London ini memaparkan dua watak utama. Takdir telah menemukan mereka di alam persilatan dan tanpa disedar mereka juga berkongsi kisah hidup yang hampir sama.

Abdul Rahman, berumur didalam lingkungan 40an, adalah seorang mualaf berbangsa Yunani (Greek).Abdul Rahman telah menjelajah dunia untuk mempelajari pelbagai jenis seni pertahanan diri namun tetap tidak mendapat kepuasan yang dicarinya sehinggalah beliau menemui silat. Melalui silat Abdul Rahman telah bertemu Islam.

Zul adalah seorang anak Melayu yang dibesarkan di kotaraya London. Zul, berumur di dalam lingkungan 40an, baru berjinak dengan silat dan berada di bawah bimbingan Abdul Rahman. Walaupun usianya agak lanjut, Zul tetap meneruskan keazamannya untuk menguasai ilmu persilatan dan seterusnya mendekati akar budaya bangsanya. Zul juga berharap, silat akan membentuknya menjadi seorang insan yang lebih baik.

Pathfinders poster


This is a humble documentary that celebrates the lives of two ordinary men in present day London. They met by chance through the world of Silat and unbeknown to them they led similar paths.

Abdul Rahman is a 40 years old Greek descendent and a Muslim convert. He has traveled the world and mastered various disciplines of martial arts, but none made him feel complete until he learned Silat. Through Silat he found Islam.

Zul was born in Malaysia but grew up in London. He is Abdul Rahman’s student and is still new to Silat. Despite being in his 40s, Zul is determined to master Silat in hope that it will reconnect him to his roots and culture. Through Silat, Zul sees that he can be a better man.

______________________________________________


SYNOPSIS - THE HEALER (Penawar)

Kisah dua jiwa yang lara, ditemukan ketika bergelumang mengharungi cubaan hidup di kotaraya London.

Luqman, seorang tukang urut Melayu, dan Shifa, seorang pelacur, tinggal berjiran. Setelah berkenalan mereka akhirnya jatuh cinta. Sejarah hitam, prinsip hidup dan keegoan menjadi batu penghalang pada mereka untuk mencurahkan rasa hati.

Kini mereka berada dipersimpangan dan satu keputusan harus diambil. Mahukah mereka terus bergelap di penjara takdir ataupun masing-masing membuka pintu hati mencari sinar kehidupan yang baru.

healer poster

A poetic tragedy of two failing hearts disunited by the tests of life. Luqman, a Malay traditional masseur, lived next door to Shifa, the prostitute. Their friendship quickly blossomed as both developed feelings for each other. However their pasts, individual beliefs and consequences were holding them back from expressing their true feelings.

This is a story of unsettling love that is ruptured as it about to begin. They were caught in a dilemma. A decision has to be made, either retreat and imprison themselves in the darkness of fate or head for the light and succumb to their hearts’ will.


Friday, June 12, 2009

AKU RINDU

stbdlight

Pada naif keujudan hitam dan putihnya


soundrec

Pada lontaran gelombang dan getaran


lighthand

Pada NUR sifat dan pembayangan


lacing

Pada pendedahan zarah dan penggulungan masa


editshotlist

Pada percaturan jiwa dan aturan rasa


tracklayingeq

Pada nada 2 asyik yg bercanda


tracklaying

Pada peniruan dan keaslian


soundmix

Pada suara dan penyuaraan


editsplicing

Pada noktah kada' dan kadar


editstation

Pada yang hak dan penentuan


splicer

Pada percantuman dan percambahan


soundsheprton

Itu lah cinta dan kecintaan